Saya berasa amat kecewa dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar caruman KWSP bahagian pekerja kepada 8% berkuatkuasa Januari 2009 sehingga Disember 2010. Alasan untuk membolehkan pendapatan tambahan bulanan digunakan oleh rakyat bagi berbelanja untuk membantu ekonomi negara tidak munasabah. Ini adalah kerana rakyat terdedah kepada risiko tidak mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk kegunaan di hari tua nanti.
Sebaliknya, saya mencadangkan pihak kerajaan memberi RM5000 atau jumlah yang ditetapkan kepada setiap rakyat Malaysia di dalam bentuk baucer atau setem makanan untuk membolehkan rakyat menggunakannya dan seterusnya ianya membantu menjana ekonomi negara secara langsung sebagai sokongan kepada perbelanjaan domestik.
Kerajaan boleh menghadkan penggunaan baucer-baucer tersebut untuk dibelanjakan di beberapa agensi kerajaan yang dilantik untuk membeli stok barangan secara besar-besaran dan pukal yang semestinya membantu menurunkan harga barangan keperluan sesebuah keluarga.
Pemberian baucer ini adalah untuk tempoh dua tahun yakni rakyat akan mendapat baucer sebanyak dua kali iaitu RM5000 maksima bagi tahun 2009 dan tahun 2010.
Tindakan ini membantu rakyat berbelanja secara berhemah dan mendapat nilai dari barangan yang dibeli dan seterusnya yang terpenting caruman KWSP tidak dikorbankan untuk tujuan lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara
ReplyDeleteSaya kunjungi blog anda dengan harapan kita sama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair kita mutakhir ini.
Salam perjuangan dan selamat maju jaya - Ruhanie Ahmad
Pada hemat saya, pemberian wang kepada rakyat adalah tidak praktikal. Kerana, ia akan mengakibatkan ketidakpuasan hati rakyat, terutamanya yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Awak mungkin akan kata kepada golongan miskin, tetapi sifat manusia yang tidak berpuas hati terhadap apa yang diterimanya itulah penghalangnya. Oleh yang demikian, bagi saya, saya tidak bersetuju dengan idea awak dalam artikel ini, dan saya juga tidak bersetuju dikurangkan ke 8% kerana akan mengurangkan jumlah simpanan peserta bilamana dihari tua nanti.
ReplyDelete