Friday, December 26, 2008

Antara Babi Dan Peniaga Kecil Melayu

Kerajaan nampaknya amat berlembut sekali di dalam isu babi sehinggakan isu babi di Melaka hanya indah khabar dari rupa. Apabila ada kes kepala babi yang mencetuskan kemarahan orang Melayu Islam, ada Exco Cina dangkal mengadakan perbuatan itu bukan daripada para penternak babi. Jadi, kalau bukan dari penternak babi, siapa yang nak buat kerja gila tu? Orang Melayu sendiri? Seperti biasa, alsan tersebut diterima dengan sebulat hati oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang memang keldai atau seperti lembu yang dicucuk hidung. Mereka menerima saja alasan bodoh tersebut tanpa ada apa-apa ulasan lanjut dan seolah-olah tutup kes.

Akan tetapi, senario berbeza berlaku terhadapa para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Baru saja memacak tiang untuk membuat gerai bagi mencari sesuap rezeki, dah kena roboh oleh pihak berkuasa tempatan. Cara mereka melaksanakan kerja mengalahkan gangster yang baru keluar dari penjara, disertai dengan kata nista yang memilukan si peniaga kerdil tersebut. Peniaga Melayu tadi dengan sifat menghormati orang yang berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan provokasi sebaliknya memerhatikan sahaja gerainya dirobohkan di depan mata. Beliau hanya menangis di dalam hati mengenangkan bagaimana hendak membawa pulang beras untuk esok hari demi mengisi perut anak-anak kecil yang kelaparan di rumah.

Kenapa perlu ada dua cara berbeza di dalam perlaksanaan kerja oleh pihak berkuasa tempatan yang rata-ratanya orang Melayu juga..kerana mereka takut kehilangan sokongan politik ke atas survival kareer mereka yang hanya memikir untuk mengisi tembolok mereka dan kaum keluarga masing-masing.

Jika berterusan begini, MELAYU PASTI HILANG DI MALAYSIA...

No comments:

Post a Comment