Wednesday, July 22, 2009

Melayu Mudah Lupa

Artikel ini telah tersiar di dalam blog Che Det.com Tajuk Kaki Dalam Kasut:

By Wealth7 on July 21, 2009 12:33 PM
Terdapat ramai di kalangan orang Melayu sekarang yang sudah berjaya dan melupakan sejarah asal usul bangsa. Mereka inilah yang kuat sekali menyokong bukan Melayu untuk melupuskan hak-hak Melayu. Mereka ini sebenarnya pengkhianat bangsa yang bukannya hendak membantu melebarkan dan mengukuhkan kekuatan bangsa sebaliknya mereka berbangga melihat bangsa sendiri masih terkial-kial mencari arah meningkatkan diri dari semua sudut.
Pensyarah tersebut adalah salah seorang dari Melayu yang umpama kacang lupakan kulit. Berdirinya dia sebagai Melayu yang berjaya adalah hasil dari keringat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa dengan penuh pengharapan agar kejayaannya disalurkan kembali untuk membantu bangsa sendiri. Inilah Melayu mudah lupa.
Kenapa kita perlu tunduk kepada permintaan bukan Melayu yang semakin menyesakkan dan memualkan. Bangsa Melayu perlu menguasai kekayaan negara sebanyak 60% bersesuaian dengan jumlahnya yang majoriti di negara ini. Jadi, para pemimpin politik Melayu, jangan hanya mencari jalan untuk memenuhkan tembolok anda dan saudara serta rakan taulan sahaja.
Binalah satu kekuatan bersepadu untuk meningkatkan ekonomi Melayu dan pertingkatkanlah kemudahan ilmu untuk anak bangsa menguasai bidang-bidang professional. Inilah yang perlu disumbangkan oleh Melayu-Melayu yang telah berjaya demi generasi akan datang. Saya tidak malu mengaku sememangnya saya adalah racist Melayu jika niat murni saya untuk melihat bangsa Melayu itu maju dan cemerlang di bumi tumpah darahnya dan warisan nenek moyangnya dilihat sebagai keterlaluan oleh bukan Melayu sehingga dicap sedemikian rupa!Apakah Melayu belum sedar diri lagi.....bait-bait lirik lagu WARISAN mampu menitiskan air mata semua yang insaf dengan nasib bangsa Melayu......renungkanlah........

Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu Gagah Di Nusantara

No comments:

Post a Comment