Tuesday, February 3, 2009

Penutupan Tabika Kemas Sg. Pinang -Satu Lagi Tindakan Provokasi Terhadap Melayu

Saya berasa amat marah dan kecewa dengan pelbagai permasalahan yang menimpa orang Melayu sejak kebelakangan ini. Ini berpunca daripada kurangnya iltizam serta kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada di dalam kerajaan atau pembangkang untuk memastikan kepentingan Melayu itu sentiasa dihormati. Contoh terbaru adalah penutupan Tabika Kemas di Sg. Pinang atas alasan yang amat menjijikkan. Sayugia dinyatakan hampir 95% para pelajar tabika Kemas adalah anak Melayu. Kenapa perkara ini dibiarkan berlaku? Apakah pihak terbabit tidak boleh mengusahakan kawasan lain untuk dewan orang ramai? Saya yakin jika Tabika Kemas terbabit dipenuhi oleh kaum lain, perkara ini tidak akan berlaku kerana kaum lain akan dengan pantas dan agresif mengambil tindakan untuk memastikan pendidikan anak bangsa mereka tidak terjejas.
Para pemimpin Melayu,Apa lagi yang ada semua inginkan? Jangan terlalu leka dengan mengumpulkan kekayaan untuk diri dan saudara mara anda sahaja. Fikirkan permasalahan orang Melayu yang makin meruncing sekarang ini. Jika tidak mampu, anda perlu letak jawatan dan berikan kepadda mereka yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.
Sesungguhnya apa yang terjadi sekarang terhadap orang Melayu adalah berpunca dari dasar tidak konsisten serta terlalu memberi muka yang diamalkan oleh Pak Lah, yang menyebabkan bangsa lain jadi kaduk naik junjung.