UMNO menerima hukuman lagi di dalam pilihanraya kecil tempohari kerana mereka mengabaikan faktor Melayu di dalam kempen-kempen mereka. Sebaliknya, tumpuan yang berlebihan diberikan kepada kaum Cina dengan pelbagai imbuhan dan manafaat disediakan khusus untuk kaum itu. Sedangkan untuk kaum Melayu, manafaat serta imbuhan bersifat menyeluruh yang mana hasilnya akan dinikmati oleh semua kaum yang tinggal di Kuala Terengganu.
Jika UMNO masih gagal memenangi hati kaum Melayu dengan meletakkan kepentingan Melayu itu mengatasi kepentingan kaum-kaum lain di Malaysia walau perlu berdepan dengan tekanan dari kaum-kaum lain, maka saat kejatuhan UMNO sudah semakin hampir dan sudah pasti akan lenyap pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Di samping itu, isu hudud yang diserang habis-habisan oleh bukan Islam tidak ditangani dengan baik oleh UMNO yang hanya berdiam diri seolah-olah menyokong tindakan bukan Islam dalam memperkatakan tentang isu ini.
Datuk Seri Anwar dengan jelas menyatakan sokongan beliau kepada hukum hudud walau beliau sering juga menimbulkan keresahan di kalangan kaum Melayu dengan agenda-agenda yang boleh merugikan bangsa Meayu di masa depan.
Berpaksikan kepada perkara-perkara di atas, kaum Melayu lebih rela memberikan undi kepada parti PAS yang lebih kemelayuan berbanding UMNO yang sedang bersandiwara dengan rakyat demi rakan-rakan BN yang lain.
Perubahan ini perlu demi kesejahteraan UMNO itu sendiri supaya sentiasa kekal relevan di dalam semua keadaan. Beberapa pemimpin terutama Khairy Jamaludin perlu digugurkan dari memegang jawatan dalam parti UMNO kerana beliau umpama tikus yang cuba memperbaiki buah labu yang berlubang yang akhirnya merosakkan sama sekali buah labu tersebut.
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)